3 tindakan yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam perniagaan

Lakukan 3 perkara berikut sekiranya anda hendak menjadi seorang usahawan yang berjaya:
 
Perkara 1: Sila ambil tindakan yang cepat bila mahu melaksanakan sesuatu perkara. Usah membuat apa sahaja alasan untuk memulakan sesuatu. Tetapi anda perlu tahu objektif yang anda perlu capai dalam perniagaan. Sebagai contoh, saya ingin membina perniagaan Software Development yang bakal menghasilkan untung sebanyak RM 1 juta pada tahun 2018. Objektif mesti jelas dan letakkan target masa bila anda mahu mencapai impian tersebut.
 
Perkara 2: Setelah jelas dengan objektif perniagaan, jangan teragak-agak untuk melaksanakan plan perniagaan anda. Anda tidak perlu risau dengan apa sahaja tohmahan orang lain terhadap idea bisnes anda. Sekiranya orang yang memberi nasihat negatif pada anda, kaji siapa orang tersebut. Kalau orang itu bukan seorang peniaga dan sememangnya tiada mempunyai kapasiti kewangan yang tinggi dari anda, pedulikan sahaja nasihat beliau. Unless yang menasihati kita seorang usahawan berjaya maka kita perlu lihat balik idea perniagaan kita dan minta nasihat bernas dari beliau supaya kita tidak melakukan kesilapan yang merugikan.
 
Perkara 3: Jangan suka membuang masa pada perkara-perkara yang tidak membawa kita dekat dengan objektif perniagaan kita. Jangan hadir lambat pada setiap temu janji bersama client, partner atau sesiapa sahaja. Jika janji nak meeting 9 am pastikan anda sudah sampai 30 minit sebelum waktu temu janji. Masa sangat berharga untuk usahawan. Sekiranya tiada temu janji atau paper work yang perlu dibuat, buka website dan belajar kemahiran-kemahiran baru supaya anda sentiasa berilmu. Banyakkan masa untuk membaca sebab usahawan alaf ini perlukan ilmu untuk berjaya.
 
Selamat mencuba.
 
 
Posted in Business on May 06 at 09:27 AM

Comments (0)

No login
gif